Tarikh: 5 Disember 2025
Masa:9.00– 11.30 pagi
Tempat: NADI Sadong Jaya
Ringkasan Aktiviti:
Program Mahir Masak bagi minggu terakhir telah dilaksanakan dengan lancar di NADI Sadong Jaya. Peserta menjalankan aktiviti praktikal memasak sebagai aplikasi kepada kemahiran yang telah dipelajari sepanjang program. Sesi ini turut disertakan dengan ulang kaji, perkongsian pengalaman serta penilaian hasil masakan peserta.
Pencapaian / Impak:
Peserta menunjukkan peningkatan kemahiran, keyakinan diri dan kerjasama yang baik. Objektif program berjaya dicapai dan peserta mampu menyediakan hidangan dengan lebih teratur, bersih dan selamat.
Penutup:
Program ini memberi manfaat yang positif kepada peserta dan diharap ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta membuka peluang ke arah keusahawanan makanan.