LAPORAN PROGRAM
Hari Merdeka @ NADI Sadong Jaya
Tarikh: 7 September 2025
Masa: 10.00 pagi – selesai
Tempat: NADI Sadong Jaya
1. Tujuan
Program ini diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan bagi memupuk semangat patriotisme, menyemai rasa cinta kepada negara serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.
2. Pengisian Aktiviti
10.00 pagi – Nyanyian lagu Negaraku & lagu patriotik, bacaan doa dan ucapan alu-aluan.
10.30 pagi – 11.30 pagi – Pertandingan Mewarna (kanak-kanak).
Sepanjang program – Saringan kesihatan oleh sukarelawan.
Tontonan Ulangan Esport & Scrim Santai (belia & remaja).
Tontonan Siaran Langsung Hari Kebangsaan bersama komuniti.
Pertandingan Menghias Makanan (dewasa & belia).
Cabutan Bertuah untuk peserta yang hadir.
Jamuan & Makan-Makan bersama komuniti.
3. Kehadiran
Program disertai oleh lebih kurang 30 orang peserta terdiri daripada penduduk kampung, belia, kanak-kanak serta warga emas. Kehadiran tetamu jemputan daripada wakil komuniti juga turut memeriahkan suasana.
4. Ringkasan
Program berlangsung dengan meriah dan penuh semangat patriotik. Peserta menunjukkan komitmen yang baik serta kerjasama dalam menjayakan acara. Aktiviti yang dijalankan berjaya menyemarakkan lagi semangat kebangsaan khususnya dalam kalangan generasi muda.
5. Penutup
Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha menyemai nilai cinta akan negara dan memperkukuh perpaduan komuniti.
MALAYSIA MADANI RAKYAT DISANTUNI