Tarikh: 19 Februari – 11 Mac 2026
Masa: 08.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: NADI Sadong Jaya
TUJUAN:
Program ini adalah bertujuan untuk memberi cabaran kepada komuniti setempat yang menyertai program ini untuk menurunkan berat badan dalam tempoh selamat 21 hari di bulan Ramadan ini.
AKTIVITI:
Sepanjang program ini berlangsung, peserta mulanya membuat saringan pertama pada 21 Februari 2026. Kemudian, peserta mengikuti kelas-kelas yang dilaksanakan sepanjang tempoh program berlangsung iaitu tontonan live dan video di Youtube Studio Sihat. Kemudian, pada hari terakhir program iaitu 11 Mac 2026, peserta membuat saringan akhir untuk memastikan yang berat badan peserta ada penurunan.