Tarikh: 4 November 2016 (Jumaat)
Masa: 2.00 pm – 4.30 pm
Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia Sadong Jaya
Anjuran: Kluster Asajaya
Tujuan:
MySoal merupakan aplikasi untuk:
~ Menyediakan ruangan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah, Ketua Kampung, dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di komuniti tersebut menyebarkan maklumat kepada penduduk setempat.
~ Menyediakan ruangan untuk komuniti setempat membuat aduan atau pertanyaan kepada PBT.
~ PBT hanya boleh membuat hebahan kepada komuniti di bawah pentadbiran mereka sahaja.
~ PBT yang mempunyai lebih daripada satu Pi1M di bawah pentadbiran mereka (seperti Majlis Daerah dan ADUN) akan dapat membuat hebahan secara serentak kepada semua komuniti tersebut.
~ Segala pertanyaan dan aduan pengguna kepada PBT serta jawapan yang diberikan oleh PBT adalah sulit dan tidak didedahkan kepada umum.
~ Pengguna boleh memilih mana-mana PBT yang mentadbir kawasan mereka untuk menghantar segala aduan atau pertanyaan.
~ Laman sesawang- mysoal.pi1m.my
Program ini dihadiri oleh agensi-agensi yang berdekatan di PI1M Sadong Jaya.