Laporan Aktiviti

PROGRAM MYSKOOL & KDB DI SK IBOI PELANDOK

Tarikh: 17 November 2016 (Khamis)

Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: SK Iboi Pelandok

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi MySkool kepada guru dan memberi taklimat tentang KDB serta mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan atau melayari internet. Oleh itu, guru-guru boleh mengaplikasikan MySkool yang merupakan salah satu aplikasi yang menyediakan ruangan untuk pihak sekolah untuk menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat seperti pengumuman Kelas Tambahan, Hari Terbuka Sekolah dan sebagainya. Para pelajar juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk mencari dan mempelajari bahan rujukan yang digunakan oleh guru secara atas talian.