Tarikh : 18 Januari 2025
Masa : 03.00 pm – 05.00 pm
Tempat : NADI Sadong Jaya
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan :
Program ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan daya ingatan dan cara pembelajaran mereka dengan menggunakan aplikasi NoteMaster Pro. Ini amat berguna bagi pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih berkesan.
Aktiviti :
1. Latihan Mengaplikasikan Teknik Penulisan Nota Secara Praktikal
- Peserta diajar teknik penulisan nota yang betul menggunakan aplikasi NoteMaster Pro.
- Latihan langsung (hands-on) untuk memastikan peserta memahami cara menggunakan aplikasi ini dengan efektif.
2. Teknik Menghafal Fakta dalam Bentuk Nombor
- Sesi khusus untuk membantu pelajar mengingat fakta dengan lebih mudah menggunakan teknik menghafal berdasarkan nombor.
- Contohnya: Menghubungkan fakta penting dengan angka untuk membantu daya ingatan.
3. Simulasi Menghasilkan Nota yang Efektif untuk Peperiksaan
- Aktiviti ini memberi pengalaman kepada pelajar untuk menyediakan nota yang lengkap, padat, dan mudah diakses sebelum peperiksaan.
- Penekanan diberikan kepada nota yang ringkas tetapi berkesan.
4. Sesi Motivasi bersama Osman Affan
- Osman Affan, sebagai guru, berkongsi pengalaman dan tip untuk meningkatkan fokus dan motivasi pelajar dalam pembelajaran.