mcmc
Laporan Aktiviti

PENGENALAN KEPADA MICRO:BIT DAN ROBOTIK

Tarikh : 30 Disember 2024

Masa : 03.00 pm – 04.00 pm

Tempat : NADI Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan :

Program “Pengenalan kepada Micro:bit & Robotik” bertujuan memperkenalkan pelajar bawah 15 tahun kepada asas teknologi, pengaturcaraan, dan robotik. Ia memupuk minat dalam bidang STEM melalui pembelajaran interaktif dan praktikal menggunakan Micro:bit. Program ini juga membantu membina kemahiran berfikir kritis, kreativiti, dan persediaan menghadapi dunia digital masa depan, selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Aktiviti :

1. Pengenalan kepada Micro:bit

  • Penjelasan asas tentang apa itu Micro:bit.
  • Demo cara mengendalikan Micro:bit (contohnya, menyalakan LED, menulis mesej ringkas).

2.Pengaturcaraan Asas

  • Aktiviti menulis kod mudah menggunakan platform seperti MakeCode.
  • Peserta mencuba sendiri untuk memprogramkan fungsi asas seperti sensor dan butang.

3. Projek Robotik Ringkas

  • Memasang komponen asas robotik (contohnya, motor atau roda).
  • Mengawal robot menggunakan Micro:bit dan kod yang ditulis sendiri.

4. Aktiviti Interaktif

  • Peserta menyelesaikan cabaran robotik seperti menggerakkan robot melalui laluan tertentu.
  • Sesi kuiz atau permainan berkaitan robotik untuk meningkatkan pemahaman.

5. Sesi Soal Jawab & Perkongsian

  • Ruang untuk peserta bertanya kepada penceramah mengenai robotik dan teknologi.
  • Penceramah berkongsi pengalaman mereka dalam industri teknologi.

Gambar Disini