Tarikh: 23, 29 & 30 NOVEMBER 2025
Masa: 10.00 AM – 4.00 PM
Tempat: NADI Sadong Jaya
Objektif:
Pertandingan ini diadakan bagi meneruskan saingan Peringkat Kalah Mati bagi Top 16, bertujuan menguji strategi dan konsistensi pasukan dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Ia juga bertujuan menggalakkan semangat berpasukan, fokus taktikal, dan komunikasi berkesan antara pemain, petugas dan pihak lawan.
Ringkasan Aktiviti:
Pertandingan Peringkat Kalah Mati adalah berdasarkan format Double Elimination yang berlangsung dengan penuh semangat dan lebih kompetitif berbanding minggu sebelumnya. Pasukan menunjukkan peningkatan dari segi koordinasi dan penggunaan strategi permainan. Format perlawanan dijalankan secara ‘best of three’ dengan sistem mata dikira bagi menentukan kedudukan kumpulan.
Pihak urus setia memastikan jadual perlawanan berjalan mengikut masa dan menyediakan sokongan teknikal yang mencukupi sepanjang program.
Kesimpulan:
Pertandingan MLBB Peringkat Kalah Mati ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Peserta menunjukkan peningkatan kemahiran serta semangat kesukanan yang tinggi. Alhamdulillah, pasukan NADI Sadong Jaya berjaya mendapat tempat ke 4 yang mana pencapain yang agak membanggakan. Aktiviti ini terus menjadi platform membina komuniti e-sukan sihat di bawah program Pembelajaran Sepanjangan Hayat di NADI Sadong Jaya. Tahniah kepada pasukan NADI yang menang, dan tahniah dan terima kasih kepada pasukan NADI Sadong Jaya kerana telah berjaya hingga ke tahap ini.
Sebarang maklumat terkini program di NADI Sadong Jaya boleh rujuk kepada Media sosial NADI dan Portal NADI kami :
Facebook: https://www.facebook.com/NADISADONGJAYA/
Titktok: https://www.tiktok.com/@nadi_sadongjaya
Intstagram: https://www.instagram.com/nadi.sadongjaya/
Portal: https://sadongjaya.nadi.my/