mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Kesejahteraan KendiriWebinarKesuburan Lelaki : Jangan Tunggu Sampai Isteri Kena Salahkan DuluBelia Lelaki

Tarikh :17 Jun 2025

Masa : 9.30 am- 11.45 am

Tempat : Nadi Sadong Jaya

Tujuan Webinar

“Kesuburan Lelaki: Jangan Tunggu Sampai Isteri Kena Salahkan Dulu”

  1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia lelaki tentang kepentingan kesihatan reproduktif mereka sendiri.
  2. Mengubah persepsi masyarakat bahawa isu kesuburan hanya melibatkan wanita.
  3. Menggalakkan pemeriksaan awal dan rawatan kepada lelaki yang menghadapi cabaran kesuburan.
  4. Menyediakan maklumat sahih dan bimbingan dari sudut perubatan dan psikososial kepada peserta.
  5. Membina komuniti lebih terbuka dan bertanggungjawab terhadap isu kesihatan reproduktif pasangan.

🧠 Kepentingan Webinar Ini

  1. Kesuburan lelaki menyumbang 40-50% kepada masalah ketidaksuburan pasangan.
    → Ramai tidak sedar dan lewat bertindak.
  2. Menangani stigma dan ego yang menghalang lelaki daripada mendapatkan bantuan.
    → Buka ruang perbincangan yang matang dan berfakta.
  3. Kesihatan sperma dan fungsi hormon lelaki dipengaruhi gaya hidup moden.
    → Elak kerosakan jangka panjang dengan perubahan awal.
  4. Menyokong usaha Malaysia dalam kesihatan reproduktif nasional.
    → Selari dengan visi Keluarga Malaysia dan Komuniti MADANI.

Gambar disini :