Tarikh : 14 Februari 2025
Masa : 03.30 pm – 05.00 pm
Tempat : NADI Sadong Jaya
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan:
Tujuan NADI X Cybersecurity: Webinar Laluan Pembelajaran untuk Kerjaya dalam Cybersecurity adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai:
1.Laluan Kerjaya dalam Cybersecurity – Memahami pelbagai bidang dalam keselamatan siber seperti pentesting, forensik digital, pengurusan risiko, dan keselamatan rangkaian.
2.Peluang & Permintaan Kerjaya – Menjelaskan permintaan tinggi terhadap pakar keselamatan siber serta peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.
3.Panduan Laluan Pembelajaran – Memberi cadangan sumber pembelajaran, kursus, dan latihan yang boleh membantu peserta membina kerjaya dalam bidang ini.
4.Perkongsian Pengalaman Pakar – Menampilkan panel atau penceramah daripada industri yang berkongsi pengalaman dan nasihat kepada peserta yang berminat dalam bidang cybersecurity.