Maklumat Pusat Internet 1Malaysia

MAKLUMAT NADI SADONG JAYA

Picture4

 

Picture1 Picture2

 

Picture3

 

 

Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sadong Jaya merupakan projek  kerajaan melalui inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TELEKOM Malaysia dan MSD Inteligent Sdn Bhd di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Matlamat utama kerajaan menubuhkan NADI  ini  adalah untuk  memastikan komuniti tempatan  memperoleh capaian internet  untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar,  selaras dengan matlamat dalam Pelan Jalur lebar Kebangsaan.

NADI Sadong Jaya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong pada 30 Mei 2014 bersamaan 1 Syaaban 1435H.

 

OBJEKTIF

NADI Sadong Jaya  bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan.

MISI

Menjadikan NADI Sadong Jaya sebagai ”1 Stop Centre” khususnya bagi kawasan sekitar sadong jaya. 1 Stop Centre (1SC) ini adalah ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam satu lokasi sahaja. Hal ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa dan tenaga penduduk sekitar untuk menjalankan pelbagai urusan.

 

VISI

 

Melahirkan pengguna yang mahir dalam aplikasi komputer dan internet menerusi latihan yang disediakan seperti kursus/bengkel.