Tarikh : 01 Mac 2025
Masa :11:00 am – 12:00 pm
Tempat : NADI Sadong Jaya
Peserta : Dua Orang Peserta Mahir
Tujuan :
Program “Mahir Pertanian Pintar” yang dijadualkan pada 1 Mac 2025 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam teknologi pertanian moden. Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan untuk mentransformasi subsektor agromakanan melalui penggunaan teknologi pertanian pintar, seperti pertanian tepat (precision farming), sensor, dan Internet of Things (IoT), bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian.
Program ini juga bertujuan untuk mendukung pemodenan dan pendigitalan dalam sektor pertanian, memperkukuh pasaran domestik, serta meningkatkan hasil keluaran yang mempunyai permintaan tinggi dan produk berorientasikan eksport. Selain itu, program ini berusaha membangunkan bakat yang memenuhi permintaan industri, meningkatkan amalan pertanian yang mampan, dan menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif serta kerangka institusi yang kukuh.
Dengan mengikuti program ini, peserta diharapkan dapat mengaplikasikan teknologi pertanian pintar dalam operasi ladang mereka, seterusnya meningkatkan hasil pertanian dan menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan negara.
AKTIVITI
Kelas ini bertujuan untuk memberikan pengenalan seperti topik yang akan dipelajari kepada para peserta Kelas Mahir Pertanian Pintar.
Selain itu, para peserta juga didedahkan kepada cara untuk mengisi kedatangan dalam sistem MTS.: