mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Ogos 2020 – Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020

Tarikh       : 29 Ogos 2020

Masa         : 10:00 – 12.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Peserta Pertandingan Video Kraftangan Merdeka

Jemputan : Ayahanda Penghulu Tuan Haji Salleh bin Haji Kemis, KApitan Teo Thuan Then, Ustaz Dahari bin Haji Jolhi

 

Tujuan:

Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan peserta-peserta yang menyertai pertandingan Video Kraftangan Merdeka Pusat Internet Sadong Jaya 2020 atas usaha dan kesudian mereka untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan Video Kraftangan Merdeka dijalan secara atas talian dengan memuat turun video menghasilkan kraftangan para peserta di Facebook Page Pusat Internet Sadong Jaya. Video yang mendapat LIKES terbanyak adalah pemenang dan begitulah seterusnya. Pertandingan yang berlangsung bermula 1 Ogos 2020 sehingga 26 Ogos 2020 itu secara tidak langsung memeriahkan Facebook PAge Pusat Internet Sadong Jaya sekaligus mempromosikan kewujudan Pusat Internet di kawasan Sadong Jaya.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Dahari bin Haji Jolhi. Acara diteruskan dengan ucapan ringkas Pengurus Pusat Interenet Sadong Jaya sekaligus penerangan ringaks mengenai Program KDB berkaitan dengan Mobile eWaste. Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ayahanda Penghulu Tuan Haji Salleh bin Haji Kemis dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan pameran produk haisl kraftangan para peserta dan jamuan makan tengahhari.

Klik Di Sini Untuk Gambar