Tarikh : 3 Disember 2019 Masa : 14.00 – 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Usahawan |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan para peserta dalam bidang perniagaan seklaigus mengaitkan penggunaan ICT dalam menjalankan perniagaan mereka. Mereka juga didedahkan dengan KDB Talk agar mereka tahu baik buruk penggunaan internet dan sentiasa berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi mereka.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas KDB daripada petugas. Aktiviti diteruskan lagi dnegan pengenalan dan perkongsian kisah kejayaan serta cara untuk menjalankan bisnes Tupperware dengan baik daripada wakil penjual Tupperware. Kemudian Demo Masakan dan Demo Pembungkusan Hamper barangan Tupperware. Akhir sekali aktiviti ditutup dengan penyampaian cenderahati dan jamuan petang.