12 September 2025 | SK Serpan, Asajaya
NADI SADONG JAYA dan NADI PEKAN ASAJAYA mewakili NADI Kluster Asajaya dan Simunjan telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Serpan. Sebanyak lebih kurang 147 orang pelajar yang terdiri daripada Tahap 1 dan Tahap 2 telah menyertai kempen tersebut.
Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada para pelajar mengenai apa itu internet, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan langkah-langkah untuk melayari Internet dengan selamat. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, terutama sekali kepada Guru Besar, para guru dan juga para pelajar yang telah melibatkan diri dalam Kempen Internet Selamat (KIS) ini. Layanan mesra daripada pihak SK Serpan tetap akan diingati.