Tarikh : 21 Disember 2024
Masa : 10.30 am – 11.30 am
Tempat : NADI Sadong Jaya
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui medium yang diminati oleh generasi muda, seperti e-sukan. Ia juga dapat membentuk pemikiran kritis peserta terhadap manfaat dan cabaran e-sukan. Selain itu sukan ini dapat membangunkan bakat muda dalam komuniti untuk terlibat dalam bidang e-sukan secara lebih positif dan produktif.
Aktiviti :
- Menonton Podcast Pendidikan:
Peserta menonton podcast yang bertajuk “Masa Depan E-Sukan Dalam Pendidikan”. - Podcast ini disediakan oleh saluran YouTube NADI X E-Sukan dan membincangkan tentang Peranan e-sukan dalam sistem pendidikan, peluang kerjaya dalam e-sukan dan cabaran yang dihadapi oleh pemain e-sukan muda.
- Bertempat di NADI Sadong Jaya.