Tarikh: 26 Julai 2025
Masa: 3.00-4.30pm
Tempat: NADI Sadong Jaya
Tujuan Program:
- Meningkatkan kesedaran peserta tentang dunia eSukan secara sihat dan bertanggungjawab.
- Memberi pendedahan tentang potensi kerjaya dalam industri eSukan dan permainan digital.
- Mendidik peserta tentang batasan masa, disiplin, serta etika bermain permainan dalam talian.
Ringkasan Aktiviti:
Peserta menonton sebuah video dokumentari kesedaran bertajuk “eSports: Lebih dari Sekadar Permainan” secara dalam talian yang memaparkan perjalanan atlet eSukan, cabaran dan manfaat dunia permainan kompetitif. Video ini turut mengetengahkan nilai positif seperti kerjasama berpasukan, pengurusan masa, dan tanggungjawab digital.