Persatuan Belia

Belia Harapan Bangsa

BELIA

Di Sadong Jaya, ramai golongan belia wanita mahupun belia lelaki telah melibatkan diri secara aktif dalam parti politik seperti Pergerakan Wanita PBB dan Pergerakan Pemuda PBB cawangan N20 Sadong Jaya. Selain itu, terdapat pusat kemahiran dibina bagi golongan belia memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada. Terdapat banyak persatuan belia di Sadong Jaya seperti Kelab Belia Sejati Sadong, SABERKAS Cawangan Sadong Jaya, Komuniti Belia Sadong dan mereka aktif mengadakan aktiviti serta program dan mengajak belia sekitar tanpa mengira latar belakang untuk menyertai.

Baru-baru ini, tahun 2023, Kelab Belia Sejati Sadong telah mendapat Johan untuk Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2023 Kategori Pertubuhan. Dengan motto “Belia Prihatin Belia Professional”, Kelab Belia Sejati Sadong berjaya mengambil hati masyarakat setempat untuk sama-sama melaksanakan program/aktiviti yang berobjektifkan menyayangi masyarakat sekaligus meningkatkan lagi fungsi belia dalam masyarakat.

 

GIATMARA BATANG SADONG

Bangunan baharu GIATMARA Batang Sadong yang bernilai RM4 juta dijangka siap April tahun depan sekali gus mennyediakan ruang kemahiran yang melebih luas kepada para belia di kawasan itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, pembinaan bangunan baharu itu bagi mengantikan bangunan yang sedia ada yang tidak lagi selamat digunakan.

“Kerajaan telah meluluskan pembinaan baharu bangunan GIATMARA di sini dan dijangka projek pembinaan akan memakan tempoh setahun dan kerja-kerja kini sudah dimulakan. “Oleh itu, saya yakin bangunan baharu ini memberi ruang yang cukup luas kepada golongan belia di sini untuk mempelajari kemahiran yang ditawarkan oleh GIATMARA di Sadong Jaya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Meletak Batu Asas GIATMARA Sadong Jaya dan program menyusuri akar di dewan serba guna di situ kelmarin. Pada masa yang sama Aidel menjelaskan bangunan baharu itu akan menempatkan bilik kemahiran seperti menjahit, automotif dan bengkel selain pejabat am.

“Kos membina bangunan baharu itu dianggarkan berjumlah RM3.3 juta dan selebihnya digunakan untuk kelengkapan peralatan yang diperlukan,” katanya. Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MARA Meriyam Abdul Majid berkata bangunan baharu itu akan menempatkan lebih 90 pelajar berbanding bangunan lama iaitu hanya 60 pelajar.

“Justeru, kami amat yakin dengan terbinanya bangunan baharu ini nanti ia mampu memberi ruang yang lebih selesa kepada para pelajar,” tambahnya. Selain itu, beliau memberitahu bahawa MARA kini sedang menuju ke arah mencapai dan melahirkan graduan memiliki sijil profesional dalam kemahiran.

“Malah, graduan yang kami lahirkan bukan sahaja mampu menjadi tenaga kerja mahir tetapi juga mampu menjadi usahawan,” ujarnya. Hadir sama penyandang kerusi Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri, Pengarah MARA Negeri Shazali Salleh dan tetamu kehormat lain.

Sumber : http://www.theborneopost.com/2013/04/09/bangunan-baharu-giatmara-batang-sadong-siap-april-2014/#ixzz3ggWvvEGy