Tarikh: 14 OKTOBER 2025
Masa: 9.30 – 11.00 pagi
Tempat: NADI Sadong Jaya
Peserta: Murid Sekolah Rendah sekitar NADI Sadong Jaya
Objektif:
Memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang asas teknologi dan pengaturcaraan (coding) secara interaktif dan menyeronokkan.
Ringkasan Aktiviti:
Aktiviti Tiny Techies Sekolah Rendah dijalankan bagi memperkenalkan konsep asas teknologi seperti penggunaan mikrobit, robotik ringkas, dan logik pengaturcaraan. Peserta didedahkan dengan aktiviti hands-on menggunakan alat bantu pembelajaran digital bagi meningkatkan minat terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program ini dijalankan dengan pendekatan interaktif bagi memastikan murid memahami dengan mudah dan seronok.
Hasil Aktiviti:
Murid menunjukkan minat tinggi terhadap aktiviti dan berjaya memahami asas penggunaan teknologi mikrobit. Program ini berjalan dengan lancar serta memberi impak positif terhadap minat murid dalam bidang teknologi.