Tarikh: 5 Disember 2025
Masa:3.00– 4.30 petang
Tempat: NADI Sadong Jaya
Ringkasan Aktiviti:
Program Mahir Baiki Gadjet telah dilaksanakan dengan lancar di NADI Sadong Jaya. Aktiviti memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penyelenggaraan dan pembaikan gadjet, termasuk pengenalan komponen, kaedah mengenal pasti kerosakan serta langkah keselamatan semasa membaiki peranti. Sesi praktikal turut dijalankan bagi mengukuhkan kefahaman peserta.
Pencapaian / Impak:
Peserta menunjukkan minat dan penglibatan aktif sepanjang program. Peserta dapat memahami asas pembaikan gadjet dan meningkatkan keyakinan untuk melakukan penyelenggaraan peranti secara selamat.
Penutup:
Program ini memberi manfaat kepada peserta dan diharap kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membuka peluang ke arah kemahiran teknikal dan keusahawanan pada masa hadapan.