Tarikh: 20 OKTOBER 2025
Masa: 9.30 – 11.00 pagi
Tempat: NADI Sadong Jaya
Peserta: Peserta Program Tiny Techies NADI Sadong Jaya
Objektif:
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas Internet of Things (IoT) serta membangunkan kreativiti dan inovasi dalam mengaplikasikan teknologi untuk kegunaan harian.
Ringkasan Aktiviti:
Aktiviti Tiny Techies (Rakaman) Bengkel Inovasi IoT dijalankan dalam bentuk bengkel rakaman yang menampilkan demonstrasi dan penerangan mengenai konsep asas IoT. Peserta diperkenalkan kepada peranti pintar, sensor, serta cara menghubungkan data melalui internet. Bengkel ini juga bertujuan memberi inspirasi kepada peserta untuk menghasilkan idea inovasi berasaskan teknologi yang mampu menyelesaikan masalah komuniti.
Hasil Aktiviti:
Peserta berjaya memahami konsep asas IoT serta menunjukkan minat terhadap penerapan teknologi pintar dalam kehidupan seharian. Rakaman bengkel ini akan dijadikan bahan rujukan dan promosi aktiviti inovasi di masa akan datang. Program berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas positif.