Tarikh: 16 OKTOBER 2025
Masa: 9.30 – 11.00 pagi
Tempat: NADI Sadong Jaya
Peserta: Peserta Cohort Keusahawanan NADI Sadong Jaya
Objektif:
Memberi pendedahan kepada peserta tentang asas keusahawanan serta membantu mereka membina kemahiran dalam merancang dan mengurus perniagaan kecil secara efektif.
Ringkasan Aktiviti:
Aktiviti Cohort Keusahawanan dijalankan untuk memberi kefahaman mengenai konsep perniagaan, strategi pemasaran, dan pengurusan kewangan asas. Peserta turut didedahkan kepada penggunaan platform digital dalam mempromosikan produk serta berkongsi pengalaman bersama usahawan tempatan. Program ini membantu peserta mengenal pasti potensi diri sebagai usahawan dan menanam semangat berniaga.
Hasil Aktiviti:
Peserta menunjukkan minat tinggi terhadap bidang keusahawanan serta memahami langkah awal dalam memulakan perniagaan. Program berlangsung dengan baik dan mendapat maklum balas positif daripada semua peserta.