Sekitar Program REACH Jum Saring di NADI Sadong Jaya pada 26 September 2025, Jumaat.
Antara objektif utama NADI Kesejahteraan Kendiri adalah untuk memperkasakan komuniti untuk menjaga kesihatan mereka. Melalui inisiatif REACH, pasukan perubatan akan berada di NADI untuk membuat saringan kesihatan secara percuma untuk ahli NADI.
Terima kasih kepada semua yang hadir membuat saringan kesihatan pada hari tersebut.