01 Oktober 2025 | Rabu
NADI Sadong Jaya bersama NADI Pekan Asajaya, NADI Sungai Apin dan NADI Sebandi Ulu telah mengadakan Pameran sempena Karnival Akademik Tingkatan 6 2025 di SMK Asajaya.
Karnival ini juga telah dihadiri pelbagai agensi seperti JPAM, Swinburn, SIDMA College, Yayasan Sarawak, iCATS dan macam-macam lagi. Antara aktiviti yang dilaksanakan pihak NADI pada hari tersebut adalah Kempen Internet Selamat, Saringan Kesihatan, Pengenalan kepada Perkhidmatan Pintar, serta jualan barangan usahawan.
Terima kasih kepada pihak sekolah SMK Asajaya atas jemputan untuk mengadakan pameran sempena karnival tersebut. Sehingga berjumpa lagi.