|
Tarikh : 29 Mac 2018 Masa : 9.00 am – 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sadong Jaya Peserta : Penduduk Setempat (59 orang) |
Tujuan:
Memberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat dalam peralatan komunikasi. Memperkenalkan program mobile eWaste yang merupakan promosi pelupusan e-sisa yang berasaskan SIM dan peralatan ICT secara selamat dan mesra alam melalui pendekatan “urban mining”.
Aktiviti:
Penerangan daripada petugas. Petugas membuat ‘slide presentation’ dan tayangan video agar para peserta KDB Talk dapat memahami apa yang disampaikan oleh petugas.