mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR BAIKI GADJET

LAPORAN AKTIVITI

Program: Mahir Baiki Gadjet
Tempat: NADI Sadong Jaya
Minggu: Ke-4 & Ke-5


1. PENGENALAN

Program Mahir Baiki Gadjet merupakan salah satu inisiatif NADI Sadong Jaya untuk memberi pendedahan serta kemahiran asas kepada komuniti dalam membaiki peralatan elektronik harian seperti telefon pintar, komputer riba, dan aksesori kecil. Aktiviti ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut minggu, dengan fokus berbeza setiap sesi.


2. OBJEKTIF

  1. Memberi ilmu asas tentang cara mengenal pasti kerosakan pada gadjet.
  2. Melatih peserta melakukan baik pulih mudah secara kendiri.
  3. Menggalakkan komuniti menjimatkan kos dengan membaiki sendiri sebelum mengganti gadjet baru.
  4. Melahirkan minat keusahawanan dalam bidang baik pulih peranti elektronik.

HASIL / IMPAK

  • Peserta dapat membezakan jenis kerosakan yang boleh dibaiki sendiri dan yang perlu dihantar kepada pakar.
  • Meningkatkan keyakinan peserta untuk melakukan troubleshooting asas.
  • Wujudnya kesedaran tentang penjagaan peranti elektronik dengan lebih baik.
  • Potensi menjana pendapatan sampingan dengan membaiki gadjet di peringkat komuniti.

GAMBAR DISINI: