Tarikh : 6 Disember 2024 | Jumaat
Masa : 08.30 am – 11.30 am
Tempat : SK Iboi/ Pelandok
𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐅𝐄 & 𝐒𝐇𝐈𝐄𝐋𝐃 𝐝𝐢 𝐒𝐊 𝐈𝐛𝐨𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐝𝐨𝐤.
NADI Sadong Jaya bersama NADI Pekan Asajaya, NADI Tebelu, NADI Sebandi Ulu dan NADI Sampat telah mengadakan Taklimat NADI SAFE & SHIELD kepada warga SK Iboi Pelandok yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang keselamatan digital dan penggunaan internet sekaligus memperkenalkan fungsi NADI kepada warga SK Iboi Pelandok.
Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut adalah:
– Taklimat NADI SAFE & SHIELD dan sesi soal jawab
– NADI x Kesedaran Kendiri (Saringan kesihatan tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan BMI)








