Aktiviti Semasa

Kursus Pengacaraan Majlis

Kursus Pengacaraan Majlis anjuran Kolej Komuniti Kuching telah berlangsung selama dua hari (30-31 Mac 2019) di Pusat Internet Sadong Jaya. Kursus ini memberi pendedahan tentang apa yang perlu ada pada seseorang pengacara majlis yang menjadi ‘Master of Ceremony’ dalam sesuatu majlis. Penceramah (tenaga pengajar) iaitu Encik Sani bin Azizan dan En Ramhat bin Elli berserta urusetia mereka Cik Emaria binti Ahmad adalah kakitangan Kolej Komuniti Kuching telah bekerjasama dengan Puan Salasiah (Ketua Wanita PBB) dan Pusat Internet Sadong Jaya dalam menjayakan kursus ini. Seramai 31 orang peserta telah mengikuti kursus ini yang terdiri daripada pelbagai jantina, usia dan latar belakang pekerjaan.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat. 

Klik Di Sini Untuk Lagi Gambar