Program “Komuniti Sihat Pembina Negara” (KOSPEN) adalah inisitif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia (ketika itu), Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar umbi. Pelaksanaan inisitif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional un its yang terdeiri daripada sekarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agents of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM.
Kursus ulangkaji KOSPEN P200 Batang Sadong ini bertujuan memperkasakan kembali pengetahuan para sukarelawan GSiM dengan memberi lebih pengetahuan tentang Pengenalan KOSPEN, Gaya Hidup Sihat dan Aktif, Pemakanan Sihat, cara membuat Saringan Kesihatan dan pengisian sistem online eMoves. Kursus yang dianjurkan oleh Kakitangan Klinik Kesihatan Sadong Jaya dengan kerjasama Kakitangan Klinik Kesihatan Asajaya ini berlangsung selama satu hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah Senam Aerobik, Ceramah Kesihatan, Saringan Kesihatan, dan Pengisian eMoves.
Gambar-gambar menunjukkan antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung.
Klik Di Sini Untuk Lagi Gambar