mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Julai – Hari Terbuka Pusat Internet Sadong Jaya

Tarikh   : 28 Julai 2018

Masa     : 1.30 pm – 5.00 pm

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya, Perkarangan Masjid Darul Iman Sadong Jaya

Peserta : Usahawan Tempatan, Penduduk Tempatan, Ketua Kampung-Ketua Kampung, Ketua Kaum-Ketua Kaum

 

Tujuan:

Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti, portal sebenarnya.my, cara perlupusan e-mobil serta memperkenalkan usaawan tempatan tentang MyShop. Selain itu, pengunjung memuat turun aplikasi Dashboard dalam telefon pintar. Mengeratkan lagi silaturrahim di antara petugas Pusat Internet dan komuniti setempat di samping memperkenalkan lagi Pusat Internet kepada awam. Hari Terbuka Pusat Internet 2018 juga merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di Pusat Internet Sadong Jaya dengan kerjasama pelbagai agensi-agensi di kawasan yang berdekatan.

 

Aktiviti:

Pelbagai aktiviti telah dilangsungkan pada Hari Terbuka Pusat Internet Sadong Jaya 2018. Antaranya ialah bengkel e-usahawan yang dihadiri oleh sahabat-sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sadong Jaya, KDB Talk, acara sukanek untuk komuniti tempatan, acara sukaneka khas pelatih PDK Sadong Jaya, pameran daripada agensi-agensi setempat seperti PDK Sadong Jaya, AIM Sadong Jaya dan KOSPEN Sadong Jaya, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Hari Terbuka Pusat Internet Sadong Jaya telah dirasmikan oleh Ayahanda Pemanca Tuan aji Awang Azid bin Haji Awang Yusup.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar