Tarikh: 21 November 2025
Masa: 9.30 – 11.00 AM
Tempat: NADI Sadong Jaya
1. Objektif Aktiviti
- Memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik memasak yang betul.
- Mengasah kemahiran masakan harian dengan resipi mudah dan praktikal.
- Menggalakkan gaya hidup sihat melalui penyediaan makanan sendiri.
Ringkasan Aktiviti:
Aktiviti Mahir Masak dijalankan bagi melatih peserta menghasilkan hidangan mudah dan berkhasiat. Peserta diberikan tunjuk ajar mengenai langkah penyediaan bahan, teknik memasak yang betul serta cara penyajian yang menarik. Program ini turut menggalakkan kerjasama antara peserta dan memupuk semangat keusahawanan melalui bidang masakan.
Hasil Aktiviti:
Peserta berjaya menyiapkan hidangan yang ditetapkan dengan baik dan memahami asas penyediaan makanan yang betul. Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan positif daripada semua peserta.